Pertubuhan Seni Silat Sengkelat Pendekar Endol Cawangan Johor

Pertubuhan Seni Silat Sengkelat Pendekar Endol Cawangan Johor
Pertubuhan Seni Silat Sengkelat Pendekar Endol Cawangan Johor

Monday, May 23, 2011

Daily Game May 23 - Bloopers

Help the bloopers take out the irritating light bulbs.

Bloopers is powered by dailygame.org

No comments:

Post a Comment

BERITA TERKINI

Ruangan berita ini adalah untuk pembaca-pembaca semua agar dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang dunia supaya informasi dapat dicetuskan dalam diri masyarakat. Semoga berita yang ingin saya kongsi ini, dapat dijadikan tauladan. Di Muar, Johor seorang ibu tunggal berusia 54 tahun yang telah bercerai dengan suaminya telah mengejutkan semua pihak dengan menyatakan ketidaksudian untuk memaafkan anak kandungnya sendiri telah membuka mata banyak pihak.

“Aku benci melihat muka kau, kau bukan anak aku dan aku tidak akan mengampunkan dosa kau dunia akhirat,”antara ungkapan yang diluahkan oleh ibu kepada Azli iaitu anaknya. Perbuatan ibunya itu adalah kerana rupa paras Azli yang seiras dengan muka bekas suami ibunya yang telah bercerai dengan ibunya.

Syurga di bawah tapak kaki ibu, apa dosa anak sehingga diperlakukan sedemikian. Walaupun sebagai ibu bapa, kita harus sedar bahawa, tanggungjawab terhadap anak amat penting dan jangan sesekali menghamburkan kata-kata sebegitu kerana kata-kata ibu adalah doa dan dapat menjadikan anak-anak dalam termasuk dalam golongan derhaka. Setelah ahli agama menyuarakan pendapat mereka mengenai kejadian yang menimpa keluarga tersebut, ibu Azli seperti mendapat petunjuk serta hidayah untuk memaafkan anaknya itu. Ibunya mungkin tersentuh hati dan mula sedar akan perbuatannya yang jelas tersilap langkah.

Oleh yang demikian, kita sebagai manusia harus sedar bahawa, setiap perkara yang kita ingin atau telah kita lakukan, pasti ada natijahnya. Tidak kira sebagai anak atau ibu bapa, kita ada tanggungjawab terhadap satu sama lain. Semoga berita ini, dapat menjadi tauladan kepada semua masyarakat agar tidak menjadi beban kepada kita. Salam manis dari saya….